Tuesday, December 29, 2015

Pencarian Designer Untuk Blog BlackStar


Assalamualaikum sumaaaa. 
Sihat dak? Okay entry kali ni BS nak cari someone yang boleh tolong design BS ni.
Lama dah tak tukar2 layout suma. 
And dah berhabuk sangat dah ni..


So di sebabkan BS bz sgt dengan kerja and hujung minggu ni, BS kena pindah umah,
so, BS nak cari someone yang bole design balik blog BS ni. 

Bayaran dia: BOLEH RUNDING. 
so sekiranya ada yang berminat, 
just COMMENT di bawah ni and serta kan EMAIL korang.
BS akan tengok dulu blog korang. 
So sape yang terpilih nnt, BS akan email.

Hope ada yang sudi nak design blog BS ni T.T



Monday, December 21, 2015

Amy Hilmirda Giveaway 2015


Hai, Selamat Pagi sumaaaa. Pada pagi yang tak berapa nak pagi ni.
 BS nak join 1 giveaway yang bersempena kan 4 tahun usia blog beliau.
Haaaaaa. 4 tahun tawww. Kalau anak tu, dah boleh berlari dh.
 Hampa suma ada? Hahahaha.
Hampa dok tunggu apa lagi. Jom lah join. Lambat lagi ni tarikh tutup dia.
Memang sempat nak join ni. Satg hampa menyesal tak join. Hahaha.

p/s: klik banner naa kalau hampa nak join.

Tarikh Tutup : 31/12/2015.

Friday, December 18, 2015

#SiapaAku? SEGMEN 2015 Kalia


Siapa Aku? Siapa BS? Kenapa BS? Apa maksud BS?
Cukup sekadar tahu maksud penuh nama BS yang sebenar adalah
"Cahaya Kebahagian Yang Utama"

Nama BS tak dak lah seunik mana pon. Penah ja sama nama dengan senior kat sekolah. 
BS berumur 22 tahun yang lahir pada 13 Julai 1993. 
Dilahirkan di Hospital Bersalin Kuala Lumpur.
Dibesarkan di Pulau Pinang. Haaaaa sebabtu lah BS dok cakap utagha dgn hampa.
HAHAHA.

BS sembunyi kan diri BS sebab BS rasa bila kita berkawan atau berteman,
penampilan tidak memainkan peranan. Cukup lah tahu yang BS ikhlas.
BS seorang yang suka buat kawan kawan BS ketawa. Tapii
sangat lah pendiam bila dengan orang yang tak dikenali.
Sekarang BS tengah dalam proses untuk berubah. 
Mula untuk beramah mesra walaupun baru first time jumpa.
Adik BS penah cakap "Dulu nak dengar suara Along pon payah kat rumah ni"
Along tu BS k, sebab BS anak sulung dari 4 adik beradik.

Seorang yang minat sangat tentang Korea. Artis korea? Drama korea? Show korea?
Just ask me. Hahaha.
Paling minat, B2ST dengan Running Man.
Tapiiiiiiiiiiiiiiii
sekarang dah kurang skit sebab kat umah sewa mana nak ada wifi dah.

La ni BS dok layan cerita Melayu jaa.
Bohong lah kalau hampa suma taklayan. Tipu dosa naaa. Hahaha.
Kau Aku Kita?
Isteri Separuh Masa?
Asam Pedas untuk Dia?
M.A.I.D?
Yang latest la nii, Tersuka tanpa Sengaja?

Mesti dok layan kannnnn...

Lastly pasal BS, BS nak sangat lah pi travel. Ala ala backpacker. 
Tapi takda kawan dan geng. 
Ada tak sapa sapa nak ajak BS? 
*muka mengharap ala ala Emma Maembong*
Hahaha.

Okay lah. Mungkin setakat ini dulu, dan kalau hampa suma nak join
cuma klik ja kat banner kat atas ni k.

BS unduq diri dulu naaa. Assalamualaikum.






Tuesday, December 15, 2015

Buku Fixi Giveaway by Yaya

Assalamualaikum sumaaaaa! Meh lah kita join giveaway ni mana taw dapat 1 buku fixi nii. BS excited naa kalau dapat 1 buku ni sebab BS memang suka sangat laaa dok baca buku fixi nii. Hampa dok tunggu apa lagi tuuu ?! Satg dah tutup baru hampa dok kelam kabut. Laa nii Yaya tak habaq lagi tarikh tutup dia. Haaa time lagu ni laa hampa boleh join! Join naa jangan tak join ! Tata. 

BS nak tag hampa tiga naa :D


Sunday, December 6, 2015

End Year Giveaway by seindahcerita





Hai hampa suma. Apa habaq suma? Sihat ka? Hari ni BS tak sihat sebab tengah sakit hati. :( tapiiiiiiiii untuk menghilangkan rasa sakit hati tu, BS rasa happy sangat sangat kalau hampa hampa suma join giveway ni taw. Memang hilang teruih rasa sakit hati tuu. Soooooo, join taw giveway ni kalau nak BS hilangkan rasa sakit hati tuuu. Promise tawwww. Okay. Tata hampa suma :D

p/s: BS first time jadi Sponsor ni, nerbes pon ada gak. Hahaha



Thursday, November 26, 2015

Terasa nak pergi Lost World Hot Springs & Spa by Night? Baca ini dulu!



Hai dan Assalamualaikum semua. Bila dengaq ja pasai Lost World of Tambun, mesti hampa suma dok bayang ongbak  ombak buatan dengan slide yang ohsem gila mampus tuu kann. Tapiiiiiiii jangan dok terbayang bayang lagi yang tu naa, sebab laa nii BS bukan nak cerita pasal Lost World of Tambun yang dok buka waktu pagi tu.  BS nak cerita pasal Lost World Hot Spring and Spa yang buka waktu malam jaa. Start buka dari pukul 7 malam. Pehhh  sapa tak penah pi tu memang hampa rugi sangat. Pasaipa? Sebab bila BS dok mandi2 kat situ, terasa hilang stress kejaaa. Melayang layang stress tu ikut wap wap ayaq panaih tuu. Hahaha.

Meh BS nak cerita pasal setiap pool yang ada kat situ. Tapi gambaq suma BS amik kat Google na sbb BS tak amik gambaq time mandi, Almaklum lah, handphone BS tak canggih macam hampa semua. Tak waterproof. Haha.

Steam Cave
Haa. Ni tempat yang pertama, sebelum masuk cave ni, hampa kena masuk dulu dalam kolam. Biasa lah awai awai panaih la sikit. Ala, sikit jaaa. Pastu hampa akan terbiasa aihh. Haha. Ni BS nak cerita masa nak masuk Steam Cave tu, dia ada pintu masuk, muat sorg ja lalu. Time nak masuk tu mencurah curah ayaq turun, deras deras. Yang mana yg pakai tudung tu, pin kuat2 tudung hampa sebab kalau yang free hair yg baru buat treatment rambut tu, mmg penyek rambut hampa. Haha. BS rasa kalau bini PM kita masuk kot situ, memang takda dah rambut kembang dia. Penyek dan rapi terus rambut dia. Opppss. Propa sgtt ! Hahaha. Steam Cave takleh dok lama lama sebab dia sauna. Memang berwap dalam tu. BS dengan kawan boleh tahan dalam 10-15 minit ja. Hampa try lah dok lama lama. Jadi apa apa, BS dah habaq naa. Haha.


Foot Spa
Haa. Yang ni, BS cubit sorang sorang kalau tak taw apa benda ni. Alaa yang ada batu kecik kecik dan tajam tajam tuu. Pehh BS boleh wat 1 round jaa. Sakit ooo. Kawan BS buat sampai 2 round. Kalau hampa larat, buat lah marathon kat situ. BS nak tengok. Hahaha.


Top of The World Pool
Yang ni BS pesan awai awai, kalau hampa nak masuk dalam 1 bas, memang BS saran kan hampa pi main tempat lain ja lah. Skip tempat ni. Sebab apa? Sebab kolam yang ni memang kecik. BS rasa muat dalam 10-15 orang ja dalam 1 masa. Jadi hampa rasa depa depa yang dah dalam kolam tu nak dok situ 5 saat jaa. Haha. Memang confirm depa dok lama, jadi bagi tak nak meletih kan hampa mendaki atau menaiki tangga sebelum masuk kolam ni, BS rasa hampa pi berendam kat tempat lain.


Crystal Pool
Haaaaa ni diaaaa. Ni diaaaa. Hampa tengok dalam gambaq confirm rasa nak mai sebab nak feeling feeling dating dengan awek hampa. Tapi percaya lah bila hampa sampai ja kat sini, hampa akan cakap “ ekeleh dalam gambaq macam gempak”. Haha. Mcam tu la BS dan kawan rasa bila jumpa tempat ni. Kawan BS ni sebelum masuk Hot Spring siap pesan, “Crystal Pool wajib masuk, lawa kot” Sekali jumpa depan mata, berkecai perasaan excited tu. Haha.




Okay lah lastly BS nak pesan kalau hampa nak mai time public holiday atau school holiday, BS sarankan lagi supaya beli ja online. Sebab harga lagi murah dari korang walk in.



Just klik kat gambar kalau nak beli tiket dia k. BS dah link kan. :)

 Kita ni travel kena berjimat cermat. Ingat pesan BS. Bye. Assalamualaikum.


Wednesday, November 25, 2015

Giveaway Bawal Crepe From Muja & Huda


Jom kita join Giveaway Bawak Crepe by Muja & Huda.
BS sekarang pun dah mula start pakai bawal crepe.
Selesa dan mudah. Takda dah tudung herot-berot. Hahaha.
Klik kat banner okay kalau nak join. >.<

Tarikh tutup ialah :
5.12.2015 pada 11.59pm



p/s: BS join yee :)




Kembalilah



Ketika ku sedang sepi,
Ku mencari kelibatmu
Tapi hanya hampa,
Kerna bayang mu sendiri,
Jauh meninggalkanku.
Ku akui salahku,
Hanya mencarimu,
Kala ku sedang sendiri.
Janganlah kau pergi,
Kembali lah kepada ku,
Ampunkanlah khilafku,
Ku hanya mahu dirimu.
Dulu kau hadir tanpa jemu,
Tapi ku abaikanmu,
Kini ku merayu,
Kembalilah wahai sahabat.

24/11/2015-12.24pm


Thursday, January 1, 2015

Sampah

Siapa aku dimata kau,
Hanya sampah di jalanan,
Tunggu waktu untuk dikutip,
Aku dibandingkan dengan kau,
Ibarat balaci dibandingkan dengan raja.

Perasaanku, hatiku, jiwaku,
Hanya dipandang hina oleh kau,
Tak perlu dijaga,
Tak perlu dikasihi,
Biarkan aku terus memakan diri.