Tuesday, November 25, 2014

Siapa kau

Kenapa kau perlu ada
Semak serabut lah
Jauhkan kau dari ku
Kau hebat berkata kata
Kadang ku terkedu
Tersenyap terpana
Dengan kata kata mu
Siapa kah kau
Mengarah ku kesana kesini
Siapa kau

Monday, November 24, 2014

Aku sunyi

Aku termenung,
Melihat keindahan alam,
Mengharap seseorang menyapa,
Memulakan perbualan,
Kerana aku sunyi,
Aku inginkan teman,
Ada disisi,
Ketika susah,
Ketika senang,
Tapi adakah aku lupa,
Di dunia ini,
Itu semua sudah hilang,
Tiada lagi teman,
Aku sunyi.