Thursday, June 2, 2016

Rugi sekiranya anda tak pernah makan di Restoran Salam Noodles !

Assalamualaikum semua,

Seperti yang kita semua tahu, dalam masa 3 hari lagi kita akan menyambut ramadhan kan? Mesti rasa tak sabar kan sebab sebulan lepas tu, kita RAYAAA ! Hahaha.. Itu yang penting tuu. :p
Okay BS nak tanya sapa yang tak penah makan kat Salam Noodles? Anda tahu tak itu sangat lah rugi ! Why? Mesti korang pelik kenapa kan?

Biar BS cerita sebab apa. BS penah makan dalam 2-3 kali juga. BS selalu makan sorang ja. Takda sapa nak teman. Sob sob sob T.T Satu kelebihan makan di Salam Noodles ialah MINUMAN PERCUMA ! Bak kata omputeh "FREE FLOW DRINKS" Haaa. Amik kau, ayat omputeh keluar. Semua jenis minuman ada. Ala-ala macam makan kat Seoul Garden gituuu. Tapi ada syarat nya, kena beli makanan dengan harga minimum RM8.50. Bagi BS, tak rugi pon sebab makanan dia banyak, pastu bole minum sampai kembung perut. Hahaha. So kalau korang nak pergi, kat bawah ni BS letak website dia okay. Apa salah nya kita bantu rezeki orang, kalau orang itu pon ikhlas kan ? >.<