Friday, May 25, 2018

PENGELUARAN KWSP SECARA ONLINE UNTUK BAYARAN PINJAMAN PENDIDIKAN

Assalamualaikum w.b.t,

Hari ni BS muncul setelah bertahun lama menyepi. So tadi dah sapu sapu sikit, lap celah2 tingkap sekali dengan mop haa. Kasi bersih ini blog. Punya lama tak update. Tangan pon dah keras nak tekan keyboard laptop ni. Haha :D

Baik lah. Straight to the point, BS buat post sbb sblom ni BS ada masalah nak bayar pinjaman MARA. Sebelum ni BS dah kerja dalam 1 tahun lebih. Masa tu mmg bayar MARA, mmg tak miss. Tapi skrg BS dah dekat 2 tahun tanam jagung anggur dan pelbagai jenis tanaman lagi. Haha. Duit dalam bank dah takda nak byr MARA. Surat warning dah dapat, mula lah BS serabut. Mana nak cari duit niii. Last choice mmg kna keluar duit dalam KWSP. Tapi BS tak tahu langsung mcm mn nak keluarkan. Jadi macam biasa, BS akan google lah untuk tgk mana2 blogger yg senasib dengan BS, yg nak bayar pinjaman menggunakan duit simpanan KWSP.

Cari punya cari, jumpa paling latest 2017. Tapi yg 2017 ni kena isi dgn hantar form dkat KWSP. Form kna download dkat website KWSP. Punya lah payah nak buat sbb dia nak kna sertakan skali surat perjanjian MARA (yg dpt masa asal2 confirm dapat MARA), surat tawaran belajar dgn skrol graduasi. Yang mana BS bold kan tu mmg BS takda n BS skrg bukan dkat KL. Jadi mmg payah nak cari. BS duduk berpindah randah masa kat KL. Surat Perjanjian MARA dan Surat Tawaran Belajar BS memang takda aka HILANG. 100% BS pasti yg benda tu BS dah hilangkan. Jadi, BS try call MARA dulu. Ada dalam 8 nombor, call semua satu pon tak angkat. Angin weyy! -.- Last2 BS emel ja dorg.

Dalam 2 hari macam tu, tetiba ada org MARA call BS. Sembang punya sembang. RUPANYA, BS boleh buat ONLINE! Takpayah surat perjanjian n surat tawaran belajar semua. Macam mana nak buat? Meh sini BS ajar step by step. Meh duk rapat2. BS tak keja skrg. Mmg tak buat apa. HAHAHA.

Skip ke no 4 sekiranya anda dah ada akaun online dkat KWSP.

1. Pastikan dah daftar untuk login online dkat KWSP. Belum? Tak buat lagi? Haaa.. yg ni kna keluar rumah, sila pergi ke pejabat KWSP berdekatan untuk register. Bila pergi KWSP, cakap nak buat login akaun online. Pengawai KWSP akan membantu anda di sana. :D

2. Settle no 1. Sila kembali ke rumah anda dan rasanya pengawai KWSP ada bagi kertas untuk anda semua login sendiri di rumah. Sila ikut arahan dalam kertas tu dlu.


3. Anda dah berjaya login akaun KWSP online.

4. Bila anda dah login akaun KWSP, anda akan nampak interface mcm kat gambar di bawah. Klik pada tab Pengeluaran.






5. Bila dah tekan tab tu, keluar lah mcam kat gmbr bawah ni. Klik untuk Pemohonan Baru. 



6. Sekarang kena isi form macam kat bawah ni. Untuk MARA, boleh ikut macam kat dalam gambar tuu. BS dah buat siap2 dah untuk korang. Just masukkan tarikh mula dan tamat pengajian anda.

7. Bila dah tekan Seterusnya, dia akan tunjukkan butiran peribadi anda dan bawah sekali ada ruang amaun yang anda kena isi kan. Ikut anda nak letak berapa. Tapi bawah dari amaun kelayakan yee. Nanti tak lulus pulak.

8. Langkah 3 dan Langkah 4 hanyalah ringkasan dan pengesahan sahaja. The End.

Ehh ehh nak pi mana tuu? Hahahaha. Meh sini balik. Jangan nak gatai tekan PANGKAH kat browser tu ! Tak habis lagi. Anda baru settle kat ONLINE ja. Ada sikit lagi. Hahaha.

Next, anda kna tunggu dalam 3-4 hari utk KWSP buat pengesahan dengan MARA yg anda memang peminjam yang sah. Bila dah confirm, KWSP akan hantar mesej kepada anda. Berbunyi begini.

"Permohonan anda telah diproses. Sila ke KWSP untuk sahkan cap ibu jari & bawa dokumen."

Seperti yg anda lihat dlm mesej tu, kena bawak dokumen. Dokumen apa?

1. Skrol (Fotostat dan Original) - Yang dapat masa graduasi.
2. Transkrip Pengajian (Fotostat dan Original) - Yang ada result untuk semua sem.

Bawa yg fotostat utk berikan kepada pengawai KWSP. Boleh pergi ke mana mana Pejabat KWSP berdekatan. Dan yang original, utk pengawai check dan copkan yang fotostat. Lepas dah cop semua, letak cap jari pulak.

Habisssssss! Dah boleh balik. *BS mengeliat dengan kuat*
Letih weyy. Hahaha. Tapi takpa, rasa puas dapat tolong anda. Masa BS nak buat dlu, takda sapa yang post kat blog. Payah betoi rasa. Hahaha. Semoga anda berjaya. Peace no war ! :D

Thursday, June 2, 2016

Rugi sekiranya anda tak pernah makan di Restoran Salam Noodles !

Assalamualaikum semua,

Seperti yang kita semua tahu, dalam masa 3 hari lagi kita akan menyambut ramadhan kan? Mesti rasa tak sabar kan sebab sebulan lepas tu, kita RAYAAA ! Hahaha.. Itu yang penting tuu. :p
Okay BS nak tanya sapa yang tak penah makan kat Salam Noodles? Anda tahu tak itu sangat lah rugi ! Why? Mesti korang pelik kenapa kan?

Biar BS cerita sebab apa. BS penah makan dalam 2-3 kali juga. BS selalu makan sorang ja. Takda sapa nak teman. Sob sob sob T.T Satu kelebihan makan di Salam Noodles ialah MINUMAN PERCUMA ! Bak kata omputeh "FREE FLOW DRINKS" Haaa. Amik kau, ayat omputeh keluar. Semua jenis minuman ada. Ala-ala macam makan kat Seoul Garden gituuu. Tapi ada syarat nya, kena beli makanan dengan harga minimum RM8.50. Bagi BS, tak rugi pon sebab makanan dia banyak, pastu bole minum sampai kembung perut. Hahaha. So kalau korang nak pergi, kat bawah ni BS letak website dia okay. Apa salah nya kita bantu rezeki orang, kalau orang itu pon ikhlas kan ? >.<