Thursday, November 26, 2015

Terasa nak pergi Lost World Hot Springs & Spa by Night? Baca ini dulu!



Hai dan Assalamualaikum semua. Bila dengaq ja pasai Lost World of Tambun, mesti hampa suma dok bayang ongbak  ombak buatan dengan slide yang ohsem gila mampus tuu kann. Tapiiiiiiii jangan dok terbayang bayang lagi yang tu naa, sebab laa nii BS bukan nak cerita pasal Lost World of Tambun yang dok buka waktu pagi tu.  BS nak cerita pasal Lost World Hot Spring and Spa yang buka waktu malam jaa. Start buka dari pukul 7 malam. Pehhh  sapa tak penah pi tu memang hampa rugi sangat. Pasaipa? Sebab bila BS dok mandi2 kat situ, terasa hilang stress kejaaa. Melayang layang stress tu ikut wap wap ayaq panaih tuu. Hahaha.

Meh BS nak cerita pasal setiap pool yang ada kat situ. Tapi gambaq suma BS amik kat Google na sbb BS tak amik gambaq time mandi, Almaklum lah, handphone BS tak canggih macam hampa semua. Tak waterproof. Haha.

Steam Cave
Haa. Ni tempat yang pertama, sebelum masuk cave ni, hampa kena masuk dulu dalam kolam. Biasa lah awai awai panaih la sikit. Ala, sikit jaaa. Pastu hampa akan terbiasa aihh. Haha. Ni BS nak cerita masa nak masuk Steam Cave tu, dia ada pintu masuk, muat sorg ja lalu. Time nak masuk tu mencurah curah ayaq turun, deras deras. Yang mana yg pakai tudung tu, pin kuat2 tudung hampa sebab kalau yang free hair yg baru buat treatment rambut tu, mmg penyek rambut hampa. Haha. BS rasa kalau bini PM kita masuk kot situ, memang takda dah rambut kembang dia. Penyek dan rapi terus rambut dia. Opppss. Propa sgtt ! Hahaha. Steam Cave takleh dok lama lama sebab dia sauna. Memang berwap dalam tu. BS dengan kawan boleh tahan dalam 10-15 minit ja. Hampa try lah dok lama lama. Jadi apa apa, BS dah habaq naa. Haha.


Foot Spa
Haa. Yang ni, BS cubit sorang sorang kalau tak taw apa benda ni. Alaa yang ada batu kecik kecik dan tajam tajam tuu. Pehh BS boleh wat 1 round jaa. Sakit ooo. Kawan BS buat sampai 2 round. Kalau hampa larat, buat lah marathon kat situ. BS nak tengok. Hahaha.


Top of The World Pool
Yang ni BS pesan awai awai, kalau hampa nak masuk dalam 1 bas, memang BS saran kan hampa pi main tempat lain ja lah. Skip tempat ni. Sebab apa? Sebab kolam yang ni memang kecik. BS rasa muat dalam 10-15 orang ja dalam 1 masa. Jadi hampa rasa depa depa yang dah dalam kolam tu nak dok situ 5 saat jaa. Haha. Memang confirm depa dok lama, jadi bagi tak nak meletih kan hampa mendaki atau menaiki tangga sebelum masuk kolam ni, BS rasa hampa pi berendam kat tempat lain.


Crystal Pool
Haaaaa ni diaaaa. Ni diaaaa. Hampa tengok dalam gambaq confirm rasa nak mai sebab nak feeling feeling dating dengan awek hampa. Tapi percaya lah bila hampa sampai ja kat sini, hampa akan cakap “ ekeleh dalam gambaq macam gempak”. Haha. Mcam tu la BS dan kawan rasa bila jumpa tempat ni. Kawan BS ni sebelum masuk Hot Spring siap pesan, “Crystal Pool wajib masuk, lawa kot” Sekali jumpa depan mata, berkecai perasaan excited tu. Haha.




Okay lah lastly BS nak pesan kalau hampa nak mai time public holiday atau school holiday, BS sarankan lagi supaya beli ja online. Sebab harga lagi murah dari korang walk in.



Just klik kat gambar kalau nak beli tiket dia k. BS dah link kan. :)

 Kita ni travel kena berjimat cermat. Ingat pesan BS. Bye. Assalamualaikum.


8 comments

November 26, 2015 at 8:17 PM

nak piiii T__T

November 27, 2015 at 11:46 AM

Bila plan nak pi nya? Pi lah. Baguih kalau nak rest rest dan hilang kan stress :D

December 3, 2015 at 4:22 PM

dtg dari giveaway Nieyl :D

December 4, 2015 at 5:58 PM

Sonok bace..Mcm nk pgi..gamba nmpk cantik..

December 5, 2015 at 1:52 AM

Cik BS, setuju dengan Cik BS nak bercuti pilih yang jimat.. *high five sikit*

December 5, 2015 at 2:52 PM

wah seronoknya..

dah follow blog.. nanti follow balik BBL

December 6, 2015 at 7:13 PM

terima kasih sudi datang yeee :D

December 6, 2015 at 7:14 PM

Jangan tertipu dengan gambaq. BS dah kena tipu dah. Hahaha. Tapi okay ja kalau nak pi, sebab dapat release kan stress :D

Post a Comment