Hai dan Assalamualaikum semua. Bila dengaq
ja pasai Lost World of Tambun, mesti hampa suma dok bayang ongbak ombak buatan dengan slide yang ohsem gila mampus
tuu kann. Tapiiiiiiii jangan dok terbayang bayang lagi yang tu naa, sebab laa
nii BS bukan nak cerita pasal Lost World of Tambun yang dok buka waktu pagi tu.
BS nak cerita pasal Lost World Hot
Spring and Spa yang buka waktu malam jaa. Start buka dari pukul 7 malam. Pehhh sapa tak penah pi tu memang hampa rugi sangat.
Pasaipa? Sebab bila BS dok mandi2 kat situ, terasa hilang stress kejaaa.
Melayang layang stress tu ikut wap wap ayaq panaih tuu. Hahaha.
Meh BS nak
cerita pasal setiap pool yang ada kat situ. Tapi gambaq suma BS amik kat Google
na sbb BS tak amik gambaq time mandi, Almaklum lah, handphone BS tak canggih
macam hampa semua. Tak waterproof. Haha.
Steam
Cave
Haa. Ni
tempat yang pertama, sebelum masuk cave ni, hampa kena masuk dulu dalam kolam.
Biasa lah awai awai panaih la sikit. Ala, sikit jaaa. Pastu hampa akan terbiasa
aihh. Haha. Ni BS nak cerita masa nak masuk Steam Cave tu, dia ada pintu masuk,
muat sorg ja lalu. Time nak masuk tu mencurah curah ayaq turun, deras deras.
Yang mana yg pakai tudung tu, pin kuat2 tudung hampa sebab kalau yang free hair
yg baru buat treatment rambut tu, mmg penyek rambut hampa. Haha. BS rasa kalau
bini PM kita masuk kot situ, memang takda dah rambut kembang dia. Penyek dan
rapi terus rambut dia. Opppss. Propa sgtt ! Hahaha. Steam Cave takleh dok lama
lama sebab dia sauna. Memang berwap dalam tu. BS dengan kawan boleh tahan dalam
10-15 minit ja. Hampa try lah dok lama lama. Jadi apa apa, BS dah habaq naa.
Haha.
Foot Spa
Haa. Yang
ni, BS cubit sorang sorang kalau tak taw apa benda ni. Alaa yang ada batu kecik
kecik dan tajam tajam tuu. Pehh BS boleh wat 1 round jaa. Sakit ooo. Kawan BS
buat sampai 2 round. Kalau hampa larat, buat lah marathon kat situ. BS nak tengok.
Hahaha.
Top of
The World Pool
Yang ni BS
pesan awai awai, kalau hampa nak masuk dalam 1 bas, memang BS saran kan hampa
pi main tempat lain ja lah. Skip tempat ni. Sebab apa? Sebab kolam yang ni
memang kecik. BS rasa muat dalam 10-15 orang ja dalam 1 masa. Jadi hampa rasa
depa depa yang dah dalam kolam tu nak dok situ 5 saat jaa. Haha. Memang confirm
depa dok lama, jadi bagi tak nak meletih kan hampa mendaki atau menaiki tangga
sebelum masuk kolam ni, BS rasa hampa pi berendam kat tempat lain.
Crystal
Pool
Haaaaa ni
diaaaa. Ni diaaaa. Hampa tengok dalam gambaq confirm rasa nak mai sebab nak
feeling feeling dating dengan awek hampa. Tapi percaya lah bila hampa sampai ja
kat sini, hampa akan cakap “ ekeleh dalam gambaq macam gempak”. Haha. Mcam tu
la BS dan kawan rasa bila jumpa tempat ni. Kawan BS ni sebelum masuk Hot Spring
siap pesan, “Crystal Pool wajib masuk, lawa kot” Sekali jumpa depan mata,
berkecai perasaan excited tu. Haha.
Okay lah
lastly BS nak pesan kalau hampa nak mai time public holiday atau school
holiday, BS sarankan lagi supaya beli ja online. Sebab harga lagi murah dari
korang walk in.
Just klik kat gambar kalau nak beli tiket dia k. BS dah link kan. :)
Kita ni travel kena berjimat cermat. Ingat pesan BS. Bye.
Assalamualaikum.